Subscribe:

Friday 23 December 2011

Tips Gaya Hidup Sihat

Berikut adalah tips gaya hidup sihat untuk kesihatan anda

1. Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
2. Elak dari menjadi gemuk
3. Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
5. Bersenam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau
6. Belajar untuk beristirehat.
7. Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukan setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telah pun dikesan.


sumber: penerangan.gov.my

Sabah FA (SAFA)

SABAH FA (SAFA)

Persatuan Bola Sepak Sabah atau Sabah FA adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang mewakali negeri Sabah dalam kejohanan bola sepak di Malaysia. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Likas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Sabah merupakan pasukan yang paling berjaya di Malaysia Timur. Pencapaian Sabah dalam Liga mahupun Piala Malaysia belum dapat ditandingi jirannya Sarawak FA.

Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini seperti Matlan Marjan dan penyerang kembar Malaysia era 80-an Hassan Sani dan James Wong.



PENGURUSAN SAFA
Nama Penuh : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA)
Gelaran : SabaHawks
Lokasi : Stadium Likas, Kota Kinabalu (Kapasiti 30,000)

PRESIDEN - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN
TIMBALAN PRESIDEN - DATUK LAWRENCE GIMBANG
NAB PRESIDEN I- DATUK OSMAN JAMAL
NAIB PRESIDEN II- DATUK YUSOF KASSIM
NAIB PRESIDEN III - DR. K H TAN
SETIAUSAHA AGUNG - ALIJUS HJ. SIPIL
PEN. SET. AGUNG I - JUNAIDI AHMAD FAUZI
PEN. SET. AGUNG II - NIZAM DSP HJ ABU BAKAR TITINGAN
BENDAHARI - AR SHAHRIMAN ABDULLAH



AHLI BEBAS
YAMANI HAFIZ DSP MUSA HJ. AMAN
RICHARD BARNES JP
SUPP ZAINAL RAHMAT
MUSTAPHA TUAH
ROSLAN EDRIS

Friday 2 December 2011

Sabah Komited Bantu Negara Lahirkan Atlet Bertaraf Dunia - Musa Aman

KOTA KINABALU, 27 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan terus meningkatkan program pembangunan sukan di negeri ini bagi membantu merealisasikan misi sukan negara untuk melahirkan atlet bertaraf dunia.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini termasuk penyaluran peruntukan bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan dan penyediaan serta peningkatan infrastruktur sukan mengikut keutamaan dan keperluan.

"Kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian dan pembangunan sukan negeri. Sumbangan ahli sukan bukan sahaja membantu menaikkan imej negara khususnya negeri Sabah, bahkan menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negeri," katanya dalam ucapan alu-aluan sempena majlis anugerah sukan negeri Sabah 2009/2010 di sini Rabu malam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai.

Musa berkata kejayaan Sukan Sabah (SAGA) termasuk edisi terbaru di Keningau jelas membuktikan rakyat memainkan peranan yang penting bagi melibatkan diri dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sukan negeri.

"Ini sekali gus berupaya mengukuhkan lagi semangat perpaduan, melahirkan warga yang sihat dengan jati diri yang kukuh sesuai dengan semangat 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai kemudahan dan prasarana sukan yang terbaik termasuk padang golf bertaraf antarabangsa seperti yang diakui oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Musa berkata rakyat Sabah turut berbangga dengan pencapaian para atlet negeri pada tahun 2009 dan 2010 yang telah mewakili negara dalam kejohanan utama.

Ini termasuk kejayaan Ibrahim Amir memenangi pingat perak dalam sukan snuker dan billiard di Sukan Asia tahun lepas dan Aricco Jumitih yang meraih pingat emas dalam sukan angkat berat di Sukan Komanwel di New Delhi, India, katanya.

Beliau berkata 10 atlet kebangsaan dari Sabah juga telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan memperoleh kemenangan (termasuk perenang negara Chui Lai Kwan) di Sukan SEA 2009 di Laos, Sukan Komanwel dan Sukan Asia di Guangzhou.

"Kesemua atlet yang telah mempamerkan pencapaian yang cemerlang ini telah diberi insentif dan kerajaan sungguh berbangga dengan pengorbanan dan pencapaian para atlet kita," katanya.



Sumber - BERNAMA

SUKAN SABAH (SAGA)

Maklumat Sukan Sabah (SAGA)

SUKAN SABAH atau ‘SABAH GAMES’ adalah satu acara sukan berprestij di peringkat Negeri di bawah anjuran Kerajaan Negeri Sabah. Ianya pertama kali diadakan pada tahun 2003. Jemaah Kabinet Negeri telah bersetuju terhadap pengelolaan Sukan Sabah dalam mesyuaratnya pada 5 Mac 2003. Sukan Sabah akan diadakan dwi-tahunan iaitu berselang-seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA) dan merupakan Kejohanan Beraneka Sukan (Multi-sports Competition). Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah yang berumur 21 tahun ke bawah.

Objektif SAGA

Untuk mencungkil dan mempertengahkan lebih ramai lagi atlet berpotensi dari semua zon mewakili bidang sukan di mana negeri Sabah sedang menyerlah di peringkat SUKAN MALAYSIA (SUKMA).
Memberi peluang kepada atlet-atlet remaja di luar bandar supaya boleh menyertai pertandingan di peringkat Negeri di samping menggalakkan pembangunan sukan secara berterusan.
Memberi peluang dan pendedahan kepegawaian (Jurulatih, Pegawai Teknikal dan Pentadbir Sukan).
Menggalakkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat akar umbi.
Untuk mempromosikan dan meningkatkan penyertaan dalam sukan yang kurang diberi perhatian serta menggalakkan penubuhan persatuan/kelab sukan di peringkat daerah.
Menggalakkan dan memberi peluang kepada daerah untuk menjadi Tuan Rumah Sukan Sabah di samping menyumbang kepada perkembangan aktiviti ekonomi di daerah berkenaan.



Thursday 1 December 2011

Kinabalu Mountain Climbathon 2011

Climbathon Antarabanga TM Ke-20 Di Gunung Kinabalu


KOTA KINABALU, 20 Sept (Bernama) -- Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu TM Ke-20 pada 30 Sept dan 1 Okt ini di tapak Warisan Dunia Gunung Kinabalu akan menjadi acara untuk memilih pelari gunung terbaik di dunia tahun ini.

Climbathon itu, yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Pelancongan Sabah dan anak syarikat penuhnya, Sri Pelancongan Sdn Bhd, adalah sirkit terakhir dalam siri Buff Sky Runner Dunia anjuran Persekutuan untuk Sukan Berketinggian.

"Setakat ini, Rocardo Mejia, seorang daripada 63 pelari antarabangsa telah mengesahkan penyertaannya dalam perlumbaan itu. Mejia dari Mexico kini mendahului Siri Sirkit Dunia bagi kategori lelaki, manakala Angela Mudge dari Great Britain mendahului kategori wanita.

"Mejia juga adalah juara lelaki acara Climbathon tahun lepas dan dijangka mengekalkan gelarannya pada tahun ini," kata pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mansor pada sidang akhbar bagi mengumumkan pelantikan Telekom Malaysia sebagai penaja utama perlumbaan itu.

Berikutan penajaan itu, perlumbaan tahun ini akan dikenali sebagai Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu TM 2006 Ke-20 yang sebelum ini hanya dikenali sebagai Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu.

Beliau berkata pelari Perancis Corrine Favre dan pelari Itali Dapit Fulvio, memenangi tempat kedua dalam kategori wanita dan lelaki masing-masing pada tahun lepas dan kini menduduki ranking kedua dalam siri sirkit dunia itu bagi kategori masing-masing.

Menurut Tengku Adlin, Mejia, Mudge, Favre dan Fulvio ialah antara beberapa nama yang dikenali dalam lingkungan pelari gunung yang akan kembali menyertai perlumbaan di sini tahun ini. Selain mereka ialah juara kategori wanita pada 2001, 2002, 2004 dan 2005 Anna Pichtrova dari Republik Czech yang juga telah mengesahkan penyertaannya.

Pencapaian Anna tahun ini termasuk memenangi tiga daripada enam siri Grand Prix Persatuan Pelari Gunung Dunia (WMRA) yang diadakan di Eropah.

Tahun ini, muka baru Iva Milesova, juga dari Republik Czech, yang menduduki tempat kedua enam siri Grand Prix WMRA itu tahun lepas juga akan mengambil bahagian dalam perlumbaan di sini.

Rekod bagi kategori lelaki pada 2003 yang dibuat oleh Marco De Gasperi dari Itali iaitu 2:26:59 masih belum dipecahkan manakala rekod kategori wanita oleh Anna Pichtrova dengan catatan 3:06:54, juga belum dipecahkan sejak 2004.

Rekod bagi kategori lelaki veteran kini dipegang oleh pelari Malaysia, Rodimin Sodundu iaitu 3:07:22 yang dicatatnya pada 2004.

Seramai 252 pelari tempatan dan antarabangsa dari 20 negara telah mengesahkan penyertaan masing-masing dalam acara tahunan itu yang menawarkan hadiah berjumlah AS$33,400.

Satu pasukan dari Persekutuan Perlumbaan Gunung China akan menyertai Climbathon itu buat pertama kalinya yang terdiri daripada tiga peserta bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

-- BERNAMA

Skuad Silambam Sabah

Skuad silambam dari Sabah unik tanpa atlet kaum India

Posted on June 4, 2011, Saturday

KUALA LUMPUR: Skuad silambam Sabah menampilkan keunikan tersendiri apabila menyenaraikan atlet pelbagai kaum kecuali India pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang sedang berlangsung.

Meskipun begitu, pengurus pasukan S. Sunderaju Naidu berkata beliau tetap yakin dengan anak didiknya kerana mereka mempunyai semangat dan displin yang luar biasa.

“Kebanyakan daripada atlet kami terdiri daripada suku kaum Murut, Kadazandusun dan Melayu Brunei, namun mereka amat meminati keunikan seni bela diri kaum India ini,” katanya kepada Bernama semalam.

Sunderaju berkata beliau yakin empat atlet terbaiknya Mohd Nizam Jamal (kategori lelaki 30-37kg), Zaidi Lintung (kategori lelaki 66-75kg), Marangina Karani (kategori wanita 30-35kg) dan Percella Kabing (kategori wanita 56-65kg) mampu menyumbang sekurang-kurangnya tiga pingat emas.

“Walaupun masih terlalu awal untuk membuat ramalan, berdasarkan displin setiap atlet saya yakin skuad Negeri Di Bawah Bayu ini mampu bawa pulang pingat emas kali ini,” katanya.

Sunderaju berkata ini adalah kali kedua atletnya menyertai Sukma dan pada penyertaan pertama di Melaka tahun lepas, skuad silambam Sabah berjaya mengutip satu pingat perak dan lima gangsa.

Katanya acara seni mempertahankan diri itu diperkenalkan kepada masyarakat Sabah sejak 2006 dan mendapat sambutan menggalakkan.

Acara silambam membuka gelanggangnya di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil semalam, yang menyaksikan peserta paling muda skuad Sabah, Marangina, 16, mendapat 14.1 mata, manakala rakan sepasukan Mohd Nizam Jamal mendapat 11.6 mata untuk layak ke peringkat acara tempur (sparring) petang semalam. — Bernama